Cart 0

The 7 Habits of Highly Effective People: Edisi Bahasa Melayu

RM 38.00


Hidup kita ini bukan sekadar “berlaku”. Secara sedar ataupun tidak, jalan hidup kita ini sebenarnya diatur oleh kita sendiri. Kita memilih untuk gembira, bertegas mahupun bertahan. Kita jugalah yang memilih untuk gagal, takut, dan bersedih. Pilihan di tangan kita. Masalah kita adalah apabila kita silap membuat pilihan, kita berputus asa dan memilih untuk membiarkan kesilapan itu mencorak masa depan kita.

Dinobatkan sebagai salah satu karya yang penuh impak dan berpengaruh, Buku The 7 Habits of Highly Effective People ini sudah berjaya menambat hati pembacanya sejak 25 tahun yang lalu. Buku ini bukan hanya berjaya mengubah presiden sebuah negara ataupun CEO syarikat-syarikat Fortune 500, malah turut memberi kesan kepada individu-individu biasa seperti ibu bapa, guru, serta pelajar.


7 tabiat efektif yang disarankan dalam buku ini ialah:

- Bersikap Pro-aktif
- Mulakan Dengan Matlamat di Minda
- Utamakan Perkara Penting Dahulu
- Fikirkan Menang-Menang
- Usaha untuk Memahami Dahulu, Kemudian untuk Difahami
- Hubungan Sinergi

Berjuta pembaca yang mengaplikasikan 7 tabiat dalam buku ini berjaya membuka peluang baru yang jauh lebih baik dan bermanfaat dalam hidup mereka. Adakah kita masih hanya mahu melihat dan enggan melangkah seiring dengan mereka, apatah lagi mengecapi kejayaan yang selama ini kita impikan?

Biodata Stephen R. Covey

Stephen R. Covey adalah seorang pakar kepimpinan, keluarga, guru, perunding organisasi dan syarikat, serta penulis yang dikenali seluruh dunia. Beliau sudah mendedikasikan seluruh hidupnya kepada pengajaran cara hidup dan kepimpinan yang berteraskan prinsip institusi keluarga dan organisasi.

Beliau memegang kelulusan MBA dari Universiti Harvard dan memiliki ijazah kedoktoran dari Universiti Brigham Young, iaitu beliau bertugas sebagai profesor pengajian pengurusan perniagaan dan organisasi.

Dr. Covey pernah menulis beberapa buah buku, termasuk buku terlaris antarabangsa, iaitu 7 Habits of Highly Effective People, yang dicatatkan sebagai buku bisnes paling berpengaruh dalam abad ke-20. Ia diakui antara 10 buku pengurusan yang berpengaruh pernah ditulis dalam sejarah. Buku tersebut sudah diterjemah ke dalam 38 bahasa dan terjual lebih 18 juta naskhah di seluruh dunia. Buku hasil tulisan beliau termasuk The 8th Habit: From Effectiveness to Greatness, First Things First, Principle-Centered Leadership, 7 habits of Highly Effective Families, Living 7 Habits, dan Everyday Greatness, dengan lebih 20 juta naskhah terjual di seluruh dunia.

Dr. Covey kini bertugas sebagai penolong pengerusi dan pengasas syarikat Franklin Covey, sebuah syarikat latihan dan perunding antarabangsa yang memberi fokus dalam bidang pelaksanaan strategi, kesetiaan pelanggan, kepimpinan, dan keberkesanan individu.


Tajuk: The 7 Habits of Highly Effective People: Edisi Bahasa Melayu
ISBN: 978-967-481-708-4
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Stephen R. Covey
Tahun Terbitan: Cetakan Kelima 2021
Muka Surat: 528

Makluman

*Penghantaran Menggunakan Kurier J&T/NinjaVan
*Harga Postage seluruh Semenanjung Malaysia : RM7
*Untuk pembelian pukal melebihi 20 buah buku, boleh Whatsapp kami di sini.