Macam Mana Nak Order?
1. Buat Pesanan Menggunakan Website Ihantaqmall.com
Langkah 1 - Cari Barang Pilihan Anda
Anda boleh cari barang pilihan anda dengan menekan paparan kategori produk pada halaman utama kami, atau membuat carian menggunakan di bahagian Search yang terdapat pada menu utama. Selain itu anda juga boleh mencari barang pilihan anda melalui Catalog yang juga terdapat pada menu utama.
Kami menyarankan anda untuk log masuk atau daftar akaun terlebih dahulu di dalam sistem kami untuk mendapatkan pengalaman maksima menggunakan website kami, kerana kebanyakkan promosi-promosi yang dijalankan adalah terhad untuk pengguna-pengguna yang log masuk sahaja. Namun, anda tetap boleh membuat pembelian walaupun tidak log masuk kedalam sistem kami.
Langkah 2 - Letakkan Kedalam Cart
Masukkan barang pilihan anda ke dalam cart dengan menekan butang Add To Cart yang terdapat pada setiap gambar produk atau pada halaman diskripsi produk, untuk menyemak semua barang yang telah anda masukkan kedalam cart, anda hanya perlu menekan butang Cart yang terdapat di sebelah Atas Kiri halaman. Pada halaman ini, anda akan ditunjukkan semua barang pilihan anda, kuantiti barang pilihan anda, jumlah harga belian anda dan senarai serta jumlah diskaun yang anda layak terima.
Langkah 3 - Lakukan Semak Keluar ( Checkout )
Selepas anda selesai membuat pilihan dan menyemak barang yang terdapat dalam Cart anda, Anda boleh terus semak keluar dengan menekan butang Checkout pada halaman Cart anda. Jika anda ada menerima dan ingin menggunakan Voucher,jangan lupa masukkan kod Vaucher anda pada bahagian Voucher yang disediakan sebelum menyemak keluar.
Langkah 4 - Uruskan Deliveri dan Pembayaran
Jika anda pelanggan sedia ada ihantaq dan mempunyai kredit dan ihantaqpoint serta ingin menebusnya, anda boleh berbuat demikian dengan menekan menu Show order summary , pastikan anda sudah log masuk untuk mendapatkan ciri ini,
Untuk pelanggan yang tidak log masuk kedalam sistem, anda hendaklah memasukkan maklumat penghantaran anda seperti nama, alamat e-mel, nombor telefon dan alamat penghantaran anda di bahagian Contact information dan Shipping address
Selepas itu pilih cara penghantaran dan pembayaran anda, terdapat empat menu pilihan berdasarkan item pilihan anda,
- Shipping
Untuk deliveri dan pembayaran menggunakan perbankan internet - Shipping (Cash on Delivery only)
Untuk deliveri dan pembayaran menggunakan tunai - Pickup
Untuk anda yang ingin Pickup di HQ kami dan pembayaran menggunakan perbankan internet - Pickup ( Cash on Delivery only)
Untuk anda yang ingin Pickup di HQ kami dan membuat pembayaran menggunakan tunai
Kemudian semak alamat, cara penghantaran dan pembayaran anda pada menu Shipping address, Shipping method dan Payment method.
Jika semuanya sempurna mengikut pesanan anda, sila tekan butang Place Order Now untuk menyelesaikan pesanan anda.
Jika anda membuat pilihan Manual Bank Tranfer anda dikehendaki transfer bayaran anda ke akaun yang diberikan dan menghantar resit bayaran anda dengan memuat naik ke bahagian upload receipt yang disediakan atau whatsapp ke bahagian khidmat pelanggan kami, 0164497022.
Dan Selesai, Pihak kami akan menghubungi anda melalui whatsapp atau panggilan telefon untuk membuat pengesahan pesanan anda dan memaklumkan masa penghantaran pesanan anda.
2. Membuat Pesanan menggunakan Whatsapp
Kami di sini sangat menghargai anda yang ingin membuat pesanan dengan kami, walaupun kami menyarankan anda untuk merasai pengalaman terbaik menggunakan website ihantaqmall.com untuk anda membuat pembelian yang mudah, lancar dan tanpa masalah, namun kami tetap menghormati anda-anda yang lebih selesa membuat pembelian dengan menggunakan whatsapp. Anda boleh terus whatsapp bahagian khidmat pelanggan kami di 016-4497022 atau tekan butang di bawah ini