7 Keajaiban Diet Rasulullah s.a.w.
Apabila berbicara tentang diet, perkataan pertama yang terbayang dalam pemikiran biasanya adalah kurus. Ada juga yang memahami maksud diet adalah sihat, bukan sekadar kurus. Hakikatnya, kedua-duanya adalah benar dan tepat. Bagi yang berbadan besar, mereka mahu diet untuk kurus, manakala bagi yang sudah kurus, mereka diet untuk sihat. Maksud diet itu sendiri ialah makanan yang diambil secara lazim oleh manusia ataupun haiwan atau makanan tertentu yang diambil oleh individu sama ada bagi tujuan kesihatan, menurunkan berat badan ataupun perubatan.
Namun, adakah diet itu ada dalam ajaran agama Islam?
Jawapannya ADA!
Malah Islam sendiri mengajar kaedah diet yang paling berkesan dan terbaik di dunia. Ilmu diet ini diambil daripada insan yang paling sihat tubuh badannya di muka bumi ini. Siapa lagi kalau bukan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan sekadar sebaik-baik manusia dari segi akhlak, malah dari segi kesihatan tubuh badan. Sirah membuktikan bahawa baginda tidak pernah sakit walaupun sekali akibat kesilapan baginda dalam mengambil pemakanan harian. Tubuh baginda tegap sihat, malah sentiasa cergas dan kuat di setiap masa. Bagaimana pula dengan diri kita? Malu pada diri sendiri.
Utusan Terakhir ini bukan sekadar membawa agama Islam, tetapi baginda juga membawa corak kehidupan manusia. Akhlak itu sendiri mengikut peribadi baginda. Setiap apa yang baginda lakukan, maka itulah menjadi sunnah yang dijanjikan pahala. Paling penting, keajaiban diet Rasulullah s.a.w. itu sendiri dijanjikan pahala pada sesiapa yang mengikutinya. Masya Allah!
Makluman
*Penghantaran Menggunakan Kurier J&T/NinjaVan
*Harga Postage seluruh Semenanjung Malaysia : RM7
*Untuk pembelian pukal melebihi 20 buah buku, boleh Whatsapp kami di sini.