Cart 0

Blog Ihantaq Resepi Settle Masalah Tak Tau Nak Masak Apa dan Nak Beli Kat Mana

Blog Ihantaq Resepi Settle Masalah Tak Tau Nak Masak Apa dan Nak Beli Kat Mana

2 masalah utama bila masak kat rumah ni, satu Tak Tau Nak Masak Apa, dua Tak Tau Nak Beli Bahan Kat Mana. Disebabkan itu, kami di ihantaq hadir untuk selesaikan masalah utama anda ni, kalau tak boleh settlekan semua pun sekurangnya dapatlah kami ringgankan sikit masalah anda tu dengan Blog Ihantaq Resepi    

Kami akan berusaha sehabis baik untuk berkongsi resepi-resepi pilihan, tular dan menarik yang ada di media-media sosial yang kami rasakan sesuai untuk kita cuba dirumah. Untuk anda yang ada resepi menarik atau unik yang ingin dikongsikan, marilah berkongsi dengan kami, sekecil tapak tangan, kawah kenduri kami tadahkan   

Semoga selepas ini tak adalah kita semua ketandusan idea lagi nak masak apa untuk diri dan keluarga di rumah. 

Selain itu, ada feature menarik dalam Blog Ihantaq Resepi ni iaitu anda boleh terus "add to cart" terus barang-barang yang kami senaraikan di bawah setiap resepi yang di kongsikan tersebut. Jadinya tak payah lah nak taip-taip atau search-search lagi kat mana nak beli bahan-bahan tu semua. 

Untuk permulaan ini, kami mohon maaf jika ada yang masih kurang dalam sistem ini. Tapi, kami janji, Selari dengan pertambahan menu dalam blog ini, kami akan cuba sehabis baik untuk menambah senarai produk yang anda boleh beli dengan kami di ihantaqmall supaya makin mudah untuk anda membeli dan sekaligus melancarkan dan meringankan stress anda di dapur.

Selamat memasak semua dari kami Team Ihantaq Fresh, dan semoga ada manfaatnya untuk kita semua.   

Akses Blog Ihantaq Resepi di sini , atau di dalam senarai Quick Links di bawah setiap halaman di ihantaqmall.com


Blog Ihantaq Resepi
https://www.ihantaqmall.com/blogs/resepi



Older post