Bermula november 2022, kami di ihantaq memperkenalkan satu program baru bagi menghargai pelanggan-pelanggan setia ihantaq yang berbelanja dengan nilai yang tinggi di ihantaqmall.
Program tersebut dinamakan sebagai "Ihantaq Monthly VIP" atau VIP bulanan Ihantaq. Ini adalah sebagai tanda terima kasih kami di atas sokongan anda terhadap kami.
Antara kelebihan yang diberikan kepada pelanggan yang layak dalam program ini setakat ini adalah diskaun 5% daripada jumlah keseluruhan pembelian di ihantaqmall (tidak termasuk caj penghantaran) untuk semua pembelian pelanggan tersebut pada bulan berikutnya.
Selain itu, ada hadiah istimewa yang berlainan setiap bulan juga diberikan untuk setiap VIP yang terpilih. Seiring dengan perkembangan perniagaan dan sokongan anda terhadap kami, kami berharap dapat menabah lagi kelebihan-kelebihan ini akan datang.
Bagaimana pula cara untuk melayakkan diri anda untuk menjadi VIP bulanan ini? Jawapannya sangat mudah. Anda hanya perlu berbelanja apa sahaja produk yang terdapat di ihantaqmall dengan nilai serendah RM300 dalam masa sebulan. Nilai ini dikira untuk jangka masa sepanjang bulan.
Pihak kami akan memaklumkan pelanggan-pelanggan yang layak untuk program ini di setiap awal bulan berikutnya.
Walau bagaimanapun, Kami percaya sokongan anda terhadap kami selama ini bukanlah kerana untuk menjadi VIP ini, tetapi adalah untuk memilih perbelanjaan yang terbaik buat diri, keluarga dan masa anda.
Kami di ihantaq mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan pembelian anda bersama kami selama ini. Kami juga berharap kewujudan perniagaan kami ini sentiasa menjadi pemudah cara dan bermanfaat dalam urusan seharian anda.
Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, boleh terus hubungi wakil khidmat pelanggan kami disini.