Cart 0

Program UntukMu SyurgaKu bagi menghargai jasa mereka.

Program UntukMu SyurgaKu bagi menghargai jasa mereka.

Program UntukMu SyurgaKu ini diwujudkan kerana sepanjang kami menjalankan perniagaan ihantaqfresh ini sejak tahun 2017, kami mendapati sangat ramai dikalangan pelanggan kami membeli barang basah siap siang dan keperluan lain dari kami untuk dihantar kepada Keluarga mereka seperti untuk ibu, bapa atau saudara mara yang lain. Mulia sungguh hati anda semua ni. ❤️

Kami sangat berbesar hati untuk menyertai juga khidmat bakti berpahala anda semua  ini semampu kami. Untuk pelanggan yang ingin membuat pesanan barang di ihantaqmall untuk dihantar kepada keluarga, anda boleh menggunakan kupon 'UNTUKMUSYURGAKU' semasa checkout bagi mendapatkan diskaun cas deliveri dan penghantaran sebanyak RM5 untuk pesanan anda tersebut. 

Kami lancarkan program ini atas dasar percaya, anda yang ingin menghantar kepada keluarga sahaja yang guna kupon ini ya. Yang hantar untuk sendiri jangan guna tau. Yang berpahala jadi sebaliknya pula nanti.   

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan program ini. Anda boleh berhubung dengan wakil khidmat pelanggan kami di sini.



Related products



Newer post