Cart 0

IhantaqPoint Sebagai Manfaat Tambahan Di Ihantaqmall

IhantaqPoint Sebagai Manfaat Tambahan Di Ihantaqmall

Bagi menambah lagi nilai perkhidmatan ihantaq kepada pelanggan, kami menambah satu lagi program manfaat pelanggan pada Disember 2022.

Program ini dinamakan IhantaqPoint. Melalui program ini, Semua pelanggan yang berbelanja di ihantaqmall tidak mengira apa produk sekalipun akan diberikan mata ganjaran atau IhantaqPoint.

Pada permulaan ini, setiap ringgit perbelanjaan pelanggan akan diberikan 10 IhantaqPoint. Pelanggan boleh menebus 1000 IhantaqPoint untuk nilai RM1 pembelian seterusnya di ihantaqmall.

Yang paling menarik, Tidak seperti sistem kesetiaan lain yang meletakkan syarat minima yang tinggi seperti perlu mencukupkan 1000point untuk ditukarkan dengan nilai Rm1,Tetapi untuk IhantaqPoint pelanggan sudah boleh menebus dengan nilai serendah 1sen untuk 10 IhantaqPoint. 

Setiap mata ganjaran IhantaqPoint yang diberikan akan luput selepas 12bulan. Jadi rancanglah pembelian anda untuk mendapat manfaat maksima di ihantaqmall. Anda boleh menyemak baki IhantaqPoint anda di https://www.ihantaqmall.com/account

WhatsApp Image 2023-01-17 at 13.42.39

Cara menebus IhantaqPoint tersangatlah mudah. Anda boleh terus menebus IhantaqPoint semasa "checkout". 

WhatsApp Image 2023-01-17 at 13.38.23

Sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan program manfaat pelanggan ini boleh tekan sini.

Selain itu, kami juga ada memberikan manfaat lebih kepada IhantaqVVIP . Untuk mengetahui lebih, boleh tekan sini.



Older post Newer post