Cart 0

Resepi Pilihan, Bihun Goreng Tomyam

Resepi Pilihan, Bihun Goreng Tomyam

Jika anda pernah merasa nasi goreng tomyam di restoran-restoran masakan thai, kali ini kita cuba pula menu bihun goreng tomyam ini di dapur rumah kita. 

Bahan-bahan:

Bahan Utama:

  • 200 gram Bihun
  • Air

Bahan Kisar:

  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 biji Bawang Besar
  • 5 biji Cili Kering

Bahan Goreng:

  • 3 sudu besar Bahan Kisar
  • 3 sudu besar Pes Chilli Thai (@ pes tomyam)
  • 2 batang Serai
  • Daging Ayam (didadu)
  • Udang
  • Lobak Merah
  • 3 helai Daun Limau Purut
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • Air
  • Garam secukup rasa
  • Sayur Sawi

Cara-cara membuat Bihun Tomyam:

  1. Tumiskan Bahan Kisar iaitu bawang putih, bawang besar dan cili kering. Kemudian masukkan pes tomyam dan serai. Kacau sebentar.
  2. Tambahkan ayam dan udang. Kacau lagi sehingga separuh masak. (Boleh juga tukar apa-apa lauk kesukaan masing-masing).
  3. Tambahkan sayur carrot atau apa-apa sayur kegemaran masing-masing dan daun limau purut.
  4. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Kacau sebentar dan kemudian terus masukkan bihun dan kacau rata.
  6. Akhir sekali, boleh tambahkan sayuran yang cepat lembut seperti sawi, taugeh dan tomato. Kacau sehingga bihun masak. Siap untuk dihidangkan!

Kredit Resepi : Buat Orang Lapo
Dikongsi dan disunting semula oleh IhantaqFresh


Related products



Older post Newer post