Cart 0

Resepi Pilihan, Sotong Siram Petang

Resepi Pilihan, Sotong Siram Petang

Masakan berasaskan sotong sudah tentu menjadi kegemaran ramai. Laju je nasi bertambah! Keluarga memang suka!

BAHAN-BAHAN:

  • 500g sotong, dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa
  • 10 biji cili padi, dihiris halus
  • 2 batang serai, dihiris halus
  • 1 inci halia, dipotong memanjang
  • 5 ulas bawang putih, dihiris nipis
  • 5 ulas bawang merah, dihiris nipis
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 biji limau nipis/lemon, diperas
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • Minyak masak secukupnya

CARA-CARA:

  1. Gaulkan sotong dengan sedikit garam dan kunyit, kemudian goreng sekejap hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan serai hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili Thai dan kacau sebati.
  4. Masukkan cili padi, perahan limau nipis dan daun limau purut.
  5. Masukkan sotong dan kacau sebati. Jangan masak terlalu lama kerana sotong boleh menjadi liat.
  6. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas.

Nota: Resepi ini mempunyai perisa pedas-manis yang menyelerakan. Sesuaikan kuantiti cili padi mengikut tahap kepedasan yang diingini.


Kredit Resepi : Keluarga.my
Dikongsi dan disunting semula oleh IhantaqFresh


Related products