Ayam berladee... makan nasi panas²... Masa mana makan pun mesti bertambah-tambah, resepi kat bawah nie ye...
Bahan-Bahan:
1. Ayam(ikot korang nak letak banyak mana ayam..kalau banyak, double lah bahan2)
2. 3 biji bwg merah besar (saya guna yang besar penumbuk tangan kita, baru sambalnya jadi banyak)
3. 3,4 ulas bawang putih
4. 4,5 biji lada kecil / cili padi (terpulang pada korang kalau nak pedas lagi, tambah lerr lada kecik lagi)
5. 5,6 biji lada/cili besar (merah n hijau)
6. 3,4 helai Daun limau purut
7. Serai sebatang
8. 1 @ 2 Asam keping
9. Garam aji @secukup rasa
Caranya:
1. goreng ayam terlebih dahulu.. gaul dgn kunyit sedikit garam..
2. blander bahan 2,3,4,5... kalau korang terlebih rajin, tumbuk lah.. saya malas, jadi saya blend je...hahaha
3. tumis bahan bland (kalau nak sedap, tumis guna minyak goreng ayam tadi)
4. kacau sokmo jangan bagi hangit.. nampak dah pecah minyak, masukkan serai dan asam keping... masuk daun limau purut tu.. carik2 lah sikit daun limau purut tu...
5. lepas tu masuk lah ayam yang dah goreng tadi...
6. gaul sebati.. kalau rasa kuahnya nampak kering sikit.. tambah air sikit... jangan banyak sangat.. sikit je.. sebab xnak bagi hangit je..
7. dah tengok ayam sekata dengan kuah.. masuk lah penambah perasa.. garam dan aji.. atau secukup rasa..
8. Siapp...boleh lerr makan ngan nasi panas2... kompem bertambah2 nasi korang...
kredit: adawiyah farhan
Dikongsi dan Disunting semula oleh IhantaqFresh.