RESEPI SIAKAP STIM LIMAU PALING SIMPLE Bahan-Bahan: Ikan siakap - 1 ekor Halia - 4 inci (lg byk lagi sedap) Serai - 5-7 batang Bwg putih - 10 ulas (lg byk lagi sedap) Bwg merah besar - 1 labu Bwg holland besar - 1 labu Cili besar merah - 1 tangkai Cili kecik merah - 5 tangkai Cili kecik hijau - 5 tangkai Tomato besar - 1 biji Buah lemon - 1 biji (perah & ambik jus sahaja) Kiub ayam Knorr - 2 kiub Pati limau nipis - secukup rasa Sos ikan Thai - secukup rasa Garam, Perasa & Gula - secukup rasa Daun ketumbar
Cara membuatnya :
1. Perap ikan bersama kiub ayam yg dicampurkan dengan pati limau nipis (dalam gambar)
2. Potong kesemua bahan-bahan (dalam gambar)
3. Dah siap potong semua bahan, sumbatkan je bahan2 tu dalam perut ikan macam mengandung.. Baki bahan tu boleh tabur je kat atas ikan. Masukkan terus jus lemon + pati limau nipis + sos ikan + sedikit garam + perasa + gula (P/S : Garam jgn terlebih sebab sos ikan dah masin)
4. Masukkan air & tutup periuk @ kuali. Biarkan sehingga ikan masak.
5. Sebelum tutup api, taburkan daun ketumbar yang dah siap hiris (dalam gambar). Gaul rata, biar seketika & time ni boleh rasa semula tambah ape yg belum cukup. Siappp!!
6. Hidangkan bersama2 sayur kailan ikan masin & sambal belacan
P/S : Hakak suka letak semua bahan banyak2 sebab memang akan ratah semua tu..boleh buang angin dalam badan..
Nota kaki : Hakak tak guna pengukus pun masak ni.. sebab kawan hakak yg keje tukang masak di restoran thai tu ckp mcm ni je dia masak.. hihi sebab tu lebih cepat & senang
Kredit: Shya
Dikongsi dan Disunting semula oleh IhantaqFresh