MEE DAGING BERKUAH antara menu yang sesuai dimakan pada bila-bila masa atau tiada waktu khusus, bila-bila pun boleh makan. Tapi selalunya kita makan waktu petang dan malam. Kena pula dengan suasana-suasana berangin seperti tepi pantai, memang syahdu.
Bahan-bahan
1. mee kuning sebungkus
2. daging lembu atau ayam (dipotong ikot suka nak berapa banyak)
3. sos tiram 3sudu
4. sos ikan 1sudu (taknak pun takpe)
5. gula 1sudu
6. sedikit lada sulah
7. 1sudu tumix atau cukup rasa (nak ganti kiub pati ayam pun bole)
8. 1biji bawang merah size besar
9. 3ulas bawang putih
10. 4biji cili padisawi,tomato,daun bawang
11. tauhu 2keping digoreng dan dipotong kiub besar
12. fishball goreng
13. sedikit kicap (kalau suka)
Cara-cara
1. Tumbuk bawang merah, bwg putih, cili
2. Perap daging dengan sos tiram, sos ikan dan gula. Tak perlu lama.. seminit pun ok
3. Masuk minyak.. masuk daging perap.. goreng smpai daging agak masak. jgn lama sangat.
4. Tumis bahan tumbuk. Tak perlu alih daging. Guna minyak yg sama
5. Masuk air. masuk juga bahan perasa tumix dan garam. kalau suka boleh tambah kicap manis sikit je.
6. Bila kuah dah nak pekat sikit masukkan sayuran dan mee, tauhu dan fishball goreng. siap
kredit: Resepi Masakan Daging
Di kongsi dan di sunting semula oleh IhantaqFresh
Resepi Pilihan, Mee Daging Berkuah
← Older post Newer post →