Kari sotong ala mamak style Saya cuma tambah tomato & cili shj Resepi Saya copy paste dari resepi mamak haji Resepi Kuah Kari Kaw Taruk Atas ( biasa kosong tp saya taruk sayur ) dan juga sebagai kari sotong cuma saya masak sekejap sahaja utk elakkan sotong jadi keras 2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas 2 paket kecil serbuk rempah kari ikan Babas 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil serbuk kunyit ( semua rempah & serbuk2 dicampur dan gaul dengan air 1/2 cawan, kacau sebati) Bahan2 kisar: 1 biji bwg besar* 3 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih* 1 inci halia* (Semua bahan bertanda * diatas di kisar@ ditumbuk halus) 2 ketul kiub pati ayam Gula Garam Air asam jawa Air secukup nya Minyak 3/4 cawan Bahan2 tumis: 3 tangkai daun kari 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 1 sudu kecil halba campur
Cara2: -Panaskan minyak dlm periuk...bila panas tumis bahan2 tumis hingga naik bau.. - kemudian masukkan bahan2 kisar tadi...Bila dah harum masukkan rempah2 dan serbuk cili & kunyit yg dah di bancuh tadi.. - kemudian kacau2 hingga naik minyak..bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya maka segera tambahkan air...Biarkan ia mendidih hingga sedikit kering,kemudian tambah lagi air dan biarkan ia mendidih sekali lagi.. Proses ni yg akan menyedapkan kuah kari.. - Selepas itu masukkan kiub pati ayam,gula, garam, pes asam jawa adabi 1/2 sudu besar atau kalau guna air asam jawa pekat letaklah 1 sudu besar.. - Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap... last sekali bila hampir selesai boleh bubuh lagi daun kari.. Rasa dulu sblm selesai kan masak ye.. Kredit Resepi : ct khadijah saad