Cart 0

Resepi Pilihan, Ayam Goreng Lada Hitam

Resepi Pilihan, Ayam Goreng Lada Hitam

Resepi Ayam goreng lada hitam Resepi: 1) Bawang merah dua biji 2) Bawang putih 3 ulas 3) Isi ayam 4) Serbuk lada hitam (lada hitam biji2 tu sangai tanpa minyak , lepastu blend kasar. Stok lada blend ni mmg sentiasa sy buat sbb kadang2 teringin nak makan lauk org dlm pantang 😆Nak guna sos lada hitam pun buleh tp rasa dia x kick sgt 🤭) 5) tepung jagung sesudu besar, bancuh dgn air suam. Agak2 je. 6) tepung bestari untuk celup ayam 7) sos tiram (agak2) 8)kicap pekat manis (agak2)

Cara2: Potong dadu isi ayam, gaulkan dgn garam skit. Lepas tu celup tepung bestari. Goreng dgn minyak banyak, agak2 garing toskan, letak tepi. Guna minyak yg baru, tumiskan bawang putih & merah, naik bau masukkan serbuk lada hitam yg blend tadi, gaul2 dan masukkan air satu cawan kecil. kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat manis untuk balancekan rasa, dan tepung jagung yg dah dibancuhkan dgn air td. Kacau2 letak garam skit, last masukkan ayam yg dh goreng td. Gaul2 sikit lepastu tutup api. Taburkan daun bawang siapp ! Makan dengan nasi panas2 fuhhh ! Merecik peluh gaisss 😂😂😂 Credit Resepi: fey leeya


Related products



Older post Newer post