Memang terbukti sedap (sebab memang ramai pun sudah cuba resepi ini) kami ingin berkongsi dengan anda resepi nasi ayam ini. RESEPI NASI AYAM SEDAP Resepi ini adalah untuk sesuai untuk: 4 orang makan BAHAN-BAHAN: Bahan untuk ayam (direbus): 1 ekor ayam dipotong 8 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus 2 cm halia, ditumbuk halus 1 kiub ayam Bahan untuk ayam (diperap): 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar sos tiram 1 cm halia, ditumbuk halus 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus 1 sudu besar kicap cair Sedikit madu untuk sapuan Bahan untuk nasi: 3 cawan beras 4 cawan air rebusan ayam 2 sudu besar butter 1 cm halia ditumbuk halus 3 ulas bawang putih ditumbuk halus Sedikit garam 2 bunga lawang* 4 buah pelaga* 1 kayu manis* 1 batang serai ketuk 2 helai daun pandan Sedikit kunyit untuk warna dan aroma Bahan untuk sos: 5 biji cili merah 3 ulas bawang putih 2 cm halia 1 sudu besar cuka 1 sudu teh garam 1 sudu teh gula 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara Penyediaan – AYAM:
Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
+ Basuh beras dan tos air.
+ Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
+ Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
+ Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
+ Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
+ Kisarkan semua bahan di atas (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma)
Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
TIPS:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.
Credit Resepi: Saya Suka Masak