Cart 0

Resepi Pilihan, Mee Udang

Resepi Pilihan, Mee Udang

Bagi mereka yang ingin mencuba, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

Bahan-bahan:

  • Mee kuning secukupnya
  • Udang secukupnya
  • Kepala udang (direbus untuk jadikan stok)
  • #Cili kering segenggam (ikut selera pedas masing-masing)
  • #Bawang putih 3 ulas
  • #Halia sikit
  • #Bawang merah 8 biji
  • #Udang kering 1 mangkuk kecil.
  • #Sebiji kentang
  • #2 biji keledek

Hiasan:

  • Sawi
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Telur
  • Limau nipis
  • Cili hijau

Cara-cara:

  1. Rebus kepala udang sehingga mendapat 1 mangkuk stok udang. Ketepikan.
  2. Rebus kentang dan keledek sehingga empuk. Blend halus dan ketepikan.
  3. Kisar semua bahan yang bertanda (#) hingga lumat. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan stok udang dan masak lagi hingga mendidih. Tambahkan garam, gula, dan gula melaka secukup rasa.
  5. Masukkan campuran kentang dan keledek blend tadi. Tambahkan air jika perlu. Masak hingga mendidih dan masukkan udang.
  6. Sediakan mee kuning dan hias dengan sawi, daun bawang, bawang goreng, telur, limau nipis, dan cili hijau. Tuangkan kuah udang dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!


Kredit Resepi: Mira Edora
Dikongsi dan Disunting semula oleh IhantaqFresh


Related products



Older post Newer post