Sambal hijau merupakan perencah yang popular di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri utara tanah air. Sejarahnya di Malaysia berkait rapat dengan pengaruh budaya dan masakan Indonesia, khususnya orang Minangkabau di Sumatera Barat. Kali ini kita gabungkan bersama ayam dan petai, memang makin terangkat lah kan.
Bahan-Bahan:
- Ayam 1/2 ekor
- Petai (ikut suka nak letak banyak ke sikit)
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Cili api 15 biji (kalau nak pedas tambah lebih)
- Cili hijau 3 biji
- Kiub pati ayam knoor 1
- Garam dan gula secukup rasa
- Jika suka, boleh letak sedikit belacan (tidak digunakan dalam resepi ini)
Cara-Cara:
- Basuh ayam dan toskan, kemudian gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
- Goreng ayam separuh masak.
- Blender bahan yang bertanda *, iaitu bawang besar, bawang putih, dan cili api.
- Tumiskan bahan yang telah diblender dengan minyak lebihan yang digunakan untuk menggoreng ayam.
- Selepas bahan-bahan tersebut agak garing, masukkan petai dan kiub pati ayam.
- Masukkan ayam ke dalam kuali dan gaul sebati.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah siap, boleh diangkat dan dihidangkan dengan nasi panas.
Kredit Resepi : Senangnya Masak
Dikongsi dan Disunting semula oleh IhantaqFresh