Cart 0

Resepi Pilihan, Ayam Masak Lemak Cili Padi

Resepi Pilihan, Ayam Masak Lemak Cili Padi

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 5 ulas bawang merah
  • 8 tangkai cili hidup merah
  • 15 tangkai cili padi hijau (jika tidak tahan pedas, gunakan 7 tangkai sahaja)
  • Agak-agak setengah inci kunyit hidup
  • Garam
  • Setengah cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair (jika tidak mendapat santan segar, boleh gunakan santan dalam kotak)

Cara-cara memasak:

  1. Tumbuk kasar bahan bawang merah, cili hidup merah, cili padi hijau, kunyit hidup dan garam.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.
  3. Masukkan ayam dan santan cair. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan santan pekat. Tunggu sehingga mendidih sekali lagi.
  5. Akhir sekali, masukkan tomato dan taburkan daun kunyit. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan air ikut selera masing-masing.

Nota: Resepi ini sesuai untuk dihidangkan bersama nasi putih hangat pada hujung minggu. Selamat mencuba!

Kredit resepi Mastura Mukhtar.
Dikongsi dan disunting semula oleh IhantaqFresh


Related products



Older post Newer post